Thursday, March 5, 2009

Impian Sebenar Si Luncai Di Perak

Saya berpendapat apa yang sedang berlaku di Perak merupakan percubaan terancang pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka menghapuskan pemerintahan beraja di negara ini.

Kesempatan telah diambil dengan baik sekali dari apa yang berlaku di Perak. Walaupun tindak-tanduk mereka lebih menonjolkan kebodohan mereka sendiri, tetapi ianya tetap diteruskan.

Tindakan awal untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu ialah dengan menguji dan menggugat taat setia orang Melayu terhadap Raja mereka.Dari apa yang berlaku di Perak, mereka telah mengambil kesempatan menggunakan segala sumber yang ada seperti Akhbar dan media massa lain milik mereka untuk memberi gambaran negatif terhadap institusi beraja.

Media seperti Akhbar Suara Keadilan, Harakkah, Siasah dan Rangkaian TV Astro Awani telah diguna sepenuhnya untuk memihak kepada mereka. Malangnya ramai kalangan Melayu sendiri termakan hasutan dan perang saraf mereka.

Oleh kerana Tuanku Sultan Perak merupakan bekas Hakim dan orang yang paling arif tentang undang-undang, maka jika Perak "jatuh", negeri-negeri lain pasti tidak mampu bertahan.

Inilah sebab mengapa mereka terus "meluncaikan" diri mereka sendiri, kerana matlamat sebenar mereka ialah "Republik Malaysia".